Perbualan dihidupkan di Messenger.

TEKS

Menghubungi orang dengan serta-merta.

Anda akan melihat apabila mesej anda telah dihantar kepada telefon rakan anda dan juga apabila mereka telah melihatnya. Dengan cara ini, anda boleh memastikan bahawa mesej anda telah disampaikan sepertimana yang sepatutnya.
PELEKAT

Katakannya dengan lebih baik menggunakan pelekat & lain-lain lagi.

Hantarkan pelekat, emoji dan GIF yang menyeronokkan, semborono, comel, pelik dan penuh perasaan untuk menyatakan tentang apa-apa sahaja.
FOTO & VIDEO

Katakan lebih lanjut menggunakan foto dan video.

Dengan menggunakan kamera terbina dalam, Messenger membolehkan anda mengambil dan merakam detik semasa perkara itu berlaku. Anda turut boleh menambah lukisan atau teks untuk memperibadikan foto anda. Hantarkan semuanya kepada rakan anda, kumpulan rakan atau siarkan ke Cerita Messenger anda.
KUMPULAN

Mulakan sembang kumpulan bersama orang kegemaran anda.

Kekal berhubung dengan kumpulan orang yang penting dalam hidup anda, seperti keluarga dan rakan karib anda. Anda boleh menamakan sembang kumpulan anda dan menambah foto supaya semua orang boleh kembali kepadanya dengan mudah.
PANGGILAN SUARA & VIDEO

Berhubung dengan orang di serata dunia menggunakan panggilan suara dan video secara percuma.

Luangkan masa bersama rakan dan keluarga tidak kira di mana mereka berada, menggunakan peranti mudah alih anda atau komputer meja. Sama ada anda bertanya khabar atau merancang untuk pertemuan anda yang seterusnya, berhubung kini adalah lebih menyeronokkan dengan menggunakan penapis, topeng, kesan dan lain-lain lagi.
Panggilan adalah percuma, tetapi anda akan dicaj untuk data apabila anda tidak menggunakan Wi-Fi.
MESEJ SUARA

Katakan, nyanyikan atau jeritkan mesej anda.

Kadangkala anda hanya tidak mempunyai masa untuk menaip kesemua mesej. Apabila anda sedang dalam perjalanan atau mempunyai lebih banyak perkara untuk dikatakan, rakamkan mesej suara.
GAMES

Main permainan bersama rakan anda.

Permainan menjadikannya seronok untuk kekal berhubung dengan rakan. Cabar rakan-rakan untuk mengalahkan skor tinggi anda, bermain dalam masa nyata semasa anda bersembang video dan temui obsesi permainan anda yang seterusnya.
PEMBAYARAN

Menghantar wang adalah cepat, selamat & percuma.

Anda tidak mempunyai wang tunai dan perlu membayar balik rakan anda? Menghantar dan menerima wang adalah percuma tepat daripada perbualan anda di AS, UK dan Perancis. Cuma tambah kad kredit anda atau akaun PayPal* anda untuk memulakannya.
*PayPal hanya tersedia di AS.
LOKASI

Hantarkan peta bagi mana-mana lokasi.

Cadangkan tempat pertemuan, serta-merta mengemas kini tempat anda berada kepada rakan dan lebih banyak lagi dengan hanya beberapa ketik.
TEMUI

Temui jenama dan perniagaan.

Mudah untuk berhubung dengan jenama dan perniagaan kegemaran anda, semuanya di satu tempat. Langgani kemas kini berita, tempah percutian anda yang seterusnya, dapatkan tawaran terkini dan beberapa lagi.